Ahad, 2 September 2012

Dia Jodohku

 “Assalamualaikum saudari,kerusi sebelah saudari ada orang duduk tak?”.
“Waalaikumsalam,tak ada siapa. Silakanlah duduk”,masih dalam keadaan terkejut Insyirah menjawab salam dan mempersilakan lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya.
“Terima kasih”,ucap lelaki itu sambil tersenyum pada Insyirah.

Insyirah terpesona sebentar dengan ketampanan  yang dikurniakan Allah swt pada lelaki itu lalu beristighfar panjang apabila menyedari kesilapan akan godaan syaitan. Insyirah mengambil beg sandangnya dan meletaknya di antara tempat duduk dia dan lelaki disebelahnya. Lelaki disebelahnya hanya tersenyum melihat tingkah-laku  Insyirah.

Tanpa membuang masa,Insyirah menyambung kembali tumpuannya membaca buku ilmiah miliknya. Sememang Insyirah tidak suka membuang masa begitu sahaja walaupun di dalam bas.
Sedang Insyirah tengah khusyuk membaca,lelaki disebelahnya menyapa.

“Saudari ,maaf ganggu. Boleh saya tahu tajuk  buku yang saudari sedang baca sekarang. Saya terbaca isinya tadi. Menarik ”.
“Ohh..Mencari Ketenangan Jiwa tajuknya”,beritahu Insyirah.
Lelaki itu mengangguk lalu tersenyum,berpuas hati dengan jawapan yang diterima.

Cuaca hari itu agak panas. Insyirah memerhati  lelaki disebelahnya itu sedang  memicit-micit kepalanya sendiri. Dan lagaknya seolah-olah ibu mengandung yang alah pada bau bawang putih. Keadaan lelaki itu dilihatnya Insyirah dengan rasa prihatin. Lalu,ditegurnya Insyirah pada lelaki di sebelahnya itu.

“Saudara tak sihat ke?”,soal Insyirah.
“Ya,saya rasa pening dan tekak saya rasa loya”,jawab lelaki itu.
“Saudara ,ambil minyak ni sapukan di dahi,Insyaallah akan mengurangkan rasa pening tu”,arah Insyirah sambil menghulurkan minyak Cap Kapak yang sentiasa berada di dalam begnya.
Lelaki itu mengambil minyak daripada Insyirah tanpa banyak menyoal. Lalu,disapunya di dahi seperti yang disuruh gadis disebelahnya.

“Saudara,maaflah kalau apa yang saya nak tanya ni  buat saudara marah. Ini kali pertama  saudara naik bas ka?”,soal Insyirah ingin tahu.
“Tak,saya memang sentiasa naik bas. Cuma kali ini saja,saya jadi macam ni”,terang lelaki itu menjawab kegusaran dihati Insyirah .
“Saya dulu pun macam saudara juga. Bas ni bergoyang teruk sangat. Itu yang menyebabkan kita akan merasa kurang selesa”,cerita Insyirah dengan niat untuk mengurangkan tekanan pada lelaki disebelahnya itu. Lelaki itu hanya tersenyum.
Insyirah menyambung membaca kembali.

“Saudari ni sebenarnya siapa nama? Terima kasih atas minyak sapu tadi",soal lelaki itu.
“Erk..saya Insyirah. Sama-sama”,jawab Insyirah dengan rasa kurang senang. Risau dengan godaan syaitan yang bakal menjeratnya.
‘Ya Allah,jauhkanlah aku dari bisikan-bisikan syaitan’,doa Insyirah dalam hati.
“Saya Asyraf.  Saudari ini masih belajar lagi ka? Dari IPT mana?”,dalam keadaan gementar Asyraf masih melemparkan soalan kepada gadis itu. Dalam hati Asyraf,sesungguhnya dia memuji dengan keperibadian gadis itu. ‘Astaghfirullahhala’zim’ istighfar Asyraf apabila menyedari kesilapan dirinya.
“Ya,saya masih belajar. Sekarang sedang menuntut di  Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis”,jawab Insyirah walaupun hatinya meronta untuk tidak mengendahkan sahaja soalan yang diajukan kepadanya itu.
“Oh,ni nak balik kampung la ya?”,soal Asyraf lagi.
“Ya”,jawab Insyirah cuma sepatah. Lalu,menyambung pembacaannya.
Reaksi yang diberi Insyirah menyedarkan Asyraf bahawa gadis itu tidak ingin diganggu.

Setelah sampai di Stesen Bas Shahab Perdana di Alor Star,mereka menghala ke destinasi masing-masing.  Insyirah masih menunggu di stesen bas itu untuk mengambil giliran bas ke Pendang pula untuk sampai ke rumahnya. Memang saat-saat inilah yang dinantikan Insyirah pada hujung minggu. Jika dia tidak sibuk dengan program dihujung minggu di kampus,kampung halamannya dipilih sebagai destinasi untuk dia merehatkan diri setelah kepenatan dengan rutinnya sebagai seorang pelajar.

“Haifa,esok free tak? Jom kita gi ‘jogging’ kat  Pendang Lake Town Resort esok. Boleh kongsi cerita”,ajak Insyirah melalui pesanan ringkas kepada sahabat karibnya itu.
Mereka memang rapat sejak mereka kenal dari tingkatan satu. Mereka saling berkongsi cerita suka dan duka,saling menasihati walaupun kadang-kadang diantara mereka dilihat seperti anjing dan kucing. Sahabatnya itu menuntut di UiTM Arau,Perlis  satu negeri tempat insyirah belajar .Tetapi  kesibukan di kampus menyebabkan masing-masing susah untuk bertemu. Jadi,apabila pulang ke kampung ,mereka akan gunakan masa yang terluang untuk menghabiskan masa bersama-sama.
“Boleh jugak,dah lama kita tak jumpa. Aku ada banyak benda nak kongsi dengan hang”,Haifa memberi  jawapan positif dalam pelat Kedah.

“Eh,jom singgah gerai tu dulu. Aku lapaq ayaq ni”,ajak Haifa setelah ber’jogging’ dua pusingan di tasik itu.
“Boleh gak,jom la”,ajakan itu disambut insyirah dengan senang hati. Dia juga dahaga. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal,begitulah Insyirah.
“Hang nak aku habaq ayaq pa kat hang Irah?”,soal Haifa mengambil pesanan rakannya itu.
“Bagi aku ayaq oren bancuh sudah la. Kurang manis tau”,Insyirah memberi  pesanan.
“Uihh,pagi-pagi dah tegoq ayaq oren,nak mati ka? Sedaq la diri tu ada gastrik”,bebel Haifa.Insyirah hanya tersenyum.
“Ala,kalau dah ajal menjemput nak wat cam ner..”,Insyirah memberi  alasan kepada Haifa.
“Dok ketegaq tu tak habih. Nasib la sapa jadi laki hang nati”,kutuk Haifa geram dengan lagak selamba rakannya itu.

Sedang Insyirah dan Haifa seronok berkongsi cerita sambil menikmati minuman sejuk,Haifa melaung memanggil seseorang dari jauh. Insyirah sudah tersedia maklum perangai rakannya itu,jika terserempak dengan seseorang yang dikenali Haifa tidak teragak-agak menegur orang itu.
“Abang Rul! Abang Rul! Abang Rul!”,laung Haifa sambil melambai tangan kepada orang itu.
“Ishh,hang ni..slow sikit. malu la suma orang dok tengok kita nuu..”,nasihat Insyirah apabila melihat telatah sahabatnya itu.
“Alaa,sepupu aku tu. Dah lama aku tak jumpa dia. Alang-alang terserempak ni aku panggil la”,ngomel Haifa walaupun dia tahu  itu kesalahannya.
Insyirah hanya menggeleng kepala melihat rakannya itu. Matanya cuba memerhati dari jauh kelihatan seseorang sedang menuju kearah mereka.
“Assalamualaikum. Awat kuat sangat Haifa jerit. Abang tak pekak la”,lelaki itu memberi nasihat percuma kepada sepupunya itu.
“Waalaikumsalam,mana Haifa tau abang dah dengar. Jauh nuu”,jawab Haifa cuba untuk menegakkan benang yang basah dengan ketawa.
“Pagi-pagi dah lepak? ”,soal lelaki itu sambil melihat Insyirah ditepi Haifa. Cuba diingatinya akan gadis itu.
Insyirah hanya tersenyum. Itulah lelaki yang duduk disebelahnya di dalam bas tempoh hari.
“Mana ada lepak..baru lepas ‘jogging’ ni”,sahut Haifa dengan gaya kepenatan yang mencuit hati  Insyirah dan sepupunya itu.
“Eh,maaflah. Sebenarnya abang mai  ni sat ja. Kawan abang tengah tunggu kat Prostar. Abang minta diri dulu. Haifa,kirim salam dengan Mak lang dan pak lang. Nanti abang senang-senang abang pergi rumah”.

Selepas menghantar Haifa pulang,dia terus pulang ke rumahnya. Sememangnya Insyirah tidak suka membuang masanya dengan meronda-ronda seperti anak gadis lain di sekitar itu.
Setelah  Insyirah usai menguruskan dirinya,Insyirah mengambil wudhuk untuk menunaikan solat sunat dhuha. Jika ada kelapangan,Insyirah tidak akan meninggalkan solat sunat yang mempunyai banyak fadhilatnya itu.
Selepas menunaikan solat ,Insyirah turun ke dapur untuk membantu ibunya membuat sarapan untuk mereka sekeluarga. Ayahnya akan pulang sebentar lagi dari kebun. Pasti ayahnya lapar kerana ayahnya keluar selepas subuh pagi-pagi tadi lagi untuk menoreh. Keluarga Insyirah hanyalah keluarga sederhana tidak miskin tidak kaya.

“Macammana Irah belajaq la ni?”,soal ibu memecah keheningan pagi itu.
“Alhamdulillah ibu,okey ja”,jawab Insyirah.
“Bagus lah,hang ja yang ibu harapkan la ni. Ilmu ja yang dapat mengubah hidup keluarga kita”,luah Ibu yang menggamit hati Insyirah. Insyirah anak sulung. Memandangkan adik-adiknya masih kecil,Insyirah lah tempat keluarganya mengharap.
“Insyaallah bu,ibu doakan Irah berjaya ya”.
“Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu berjaya”.
“Terima kasih bu,sayang ibu”. Insyirah memeluk ibunya yang tersayang. Begitulah Insyirah,walaupun dia anak sulung,tapi sikapnya seperti anak bongsu. Begitu manja dengan ibunya.

Malam itu setelah berjemaah di Masjid Al-Husna yang berhampiran rumahnya,Asyraf tidak terus pulang. Dia meluangkan masa bersama-sama imam masjid tersebut iaitu Ustaz Hamid.
“Berapa tahun lagi Asyraf nak habis belajar?”,soal Ustaz Hamid.
“Insyaallah,dua bulan lagi Ustaz”,jawab Asyraf.
“uoh,tak lambat dah la.Lepas belajar nanti,kamu nak buat pa?”.
“Insyaallah,saya ingat nak jadi guru sambilan di Sekolah Islah Pendang,Ustaz”.
“Baguslah,kiranya tak lama lagi makan nasi minyak la saya ni?”,gurau Ustaz Hamid.
Asyraf hanya tersenyum. Hati dan fikirannya melayang jauh terkenangkan gadis di atas bas tempoh hari.Astaghfirullahhal’azim,jauhnya aku tenggelam dalam dakapan syaitan.
“Baiklah,Ustaz nak minta diri dulu,ada mesyuarat dengan AJK Kampung. Kirim salam pada mak dan ayah kamu  Asyraf",

Malam itu,tidur Asyraf tidak selena sebelum ini. Dia asyik terbayangkan wajah mulus Insyirah,gadis tempoh hari. Asyraf bangun dan mengambil wudhuk menunaikan solat sunat istikhoroh. Meminta ketenangan di jiwanya pada Dia Yang Maha Esa.

Ya Allah,ampunilah segala dosaku yang tidak terhitung seperti buih di lautan. Ampunilah segala dosa-dosa kedua-dua ibu bapa ku.Kau tenangkanlah hati dan jiwaku. Tunjukilah aku jalan yang lurus. Kau jauhkanlah bayangannya daripada terus-terus bermain di fikiranku. Sekiranya dia jodohku,Kau jagalah dia untukku. Sekiranya tidak,Kau jauhkanlah bisikan syaitan dari menyelubungi hidupku. Sesungguhnya hidup dan matiku hanya keranaMu Ya Allah. Amin Ya Rabbal’alamin’

Malam itu,Asyraf menghabiskan masa tidurnya dengan zikir dan membaca Al-Quran. Hatinya tenteram apabila dapat bersujud pada Dia Yang Maha Tinggi. Menyerah diri dengan seikhlas hati. Bersyukur dengan segala kurniaan Allah.

Keesokan paginya,Asyraf bercadang untuk pergi mencari buku-buku baru di Pustaka Union di Alor Star selepas bersarapan pagi. Hasratnya ingin mencari buku yang dibaca oleh Insyirah tempoh hari,Mencari Ketenangan Jiwa.

Sedang asyraf tekun membelek isi buku-buku yang berada di hadapannya,tiba-tiba matanya terpandang seseorang yang dia kenali iaitu Insyirah. Hati Asyraf berdegup kencang. Asyraf cepat-cepat berlalu ke kaunter bayaran untuk membayar dan keluar dari situ sebelum dia tersalah langkah sebagai seorang umat Islam.

“Ibu,Irah nak pi Alor Star. Irah ingat nak cari buku baru. Bosan juga bila tak dak buku nak baca”,ujar  Insyirah  pagi itu.
“Tapi jangan pi lama sangat. La ni kereta banyak. Hati-hati sama.
“Baik bu”,ujar Insyirah.

Insyirah melangkah masuk kedalam Pustaka Union dengan hasrat dapat mencari buku-buku ilmiah yang baru dikeluarkan. Tidak senang duduk Insyirah jika tiada bahan bacaan di tangannya. Buku adalah temannya sehidup semati. Baginya,buku telah banyak berkorban mencurah segala isinya dalam hidupnya.
Insyirah tekun membelek buku-buku disudut belakang. Tanpa disedarinya,ada sepasang mata terpandang menghala ke arahnya. Hampir satu jam Insyirah bercadang untuk terus membeli buku yang telah di pilihnya.

Setelah tiba dirumah,Insyirah terkejut dengan kedatangan keluarga Pak Ngahnya  yang menetap di Kelantan. Insyirah bersalaman dengan tetamu dan berlalu ke dapur untuk membancuh minuman untuk tetamu keluarganya.

“Dah besar anak mu Piah,xdop oghe masuk mine lagi ko?”,soal Mak Ngah Timah.
“Alhamdulillah kak oi,kita bela depa nak bagi besar,kalau nak bagi kecik tok sah dok kalut..erm,dia tu dok belajaq lagi la kak. Katanya nak kerja dulu,biar ada asset sendiri dulu baru nak pikir nikah. Lagipun dia tu muda lagi kak. Baru masuk 20 tahun ni”,jawab ibu Irah.

Insyirah berlalu ke biliknya. Meninggalkan mereka di ruang tamu. Insyirah perlu bersiap sedia untuk menunaikan solat zohor. Memang menjadi kebiasaannya dia akan melaksanakan tuntutan agama secepat mungkin dan tidak bertangguh.

Seusai solat,mereka bersama-sama menghidang makanan berlauk untuk makan tengah hari bersama tetamu mereka hari ini. Dan mereka rehat-rehat diri sebelum tetamu keluarganya itu berangkat ke Perak atas urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Insyirah bersiap-siap untuk berjemaah maghrib di masjid berdekatan rumahnya. Ayahnya ada memberitahunya bahawa malam itu akan ada seorang ustaz  yang dijemput untuk menyampaikan kuliah maghrib.

Selesai solat maghrib berjemaah,langsir yang dijadikan pemisah bagi kaum Adam dan Hawa dibuka. Insyirah mengeluarkan buku nota kecil kesayangannya untuk mencoret ilmu yang bakal dihidangkan.

Imam Hamid menjemput seorang ustaz untuk kehadapan menyampaikan kuliah maghrib pada hari itu.
“Saya  menjemput Ustaz Saiful Asyraf untuk memberikan sedikit pengisian untuk  kita semua hari ni. Silakan ustaz”,jemput Imam Hamid.

Insyirah cuba memerhatikan gerangan ustaz yang kini berhadapan straight  dengannya walaupun dalam jarak jauh sedikit tapi cukup jelas untuk Insyirah mengecam siapakah dia.
Siapa menduga,Asyraf juga turut terpandangkan Insyirah gadis yang sama tempoh hari. Getaran di hatinya berpalu.

Malam itu,Insyirah  pulang 1001 perasaan. Tidak diduganya,lelaki tempoh hari adalah seorang ustaz malah seorang saudara terdekat dengan kawan baiknya ,Haifa. Insyirah merasa lapang dan senang dengan pengisian Ustaz Asyraf pada malam itu.

Insyirah berkemas barang-barangnya kerana akan bertolak tengahhari itu. Insyirah merasakan sesuatu yang tak kena dengan hatinya. Namun,Insyirah buat tak layan dengan karenah hatinya yang tetiba saja ianya berubah. Insyirah kelu seribu satu. Adakah ini CINTA?

“Irah,ayah nak ke kedai ni,ada nak pesan apa-apa dak nak bawak pi Perlis?”,Tanya ayah.
“ermm..rasanya tak dak dah kot ayah. Semuanya Irah dah sedia,”beritahu Insyirah yang masih terkejut pada ayahnya .

Insyirah memerhatikan jam di tangannya,jam sudah menunjukkan pukul 1.10 tengahhari. Sudah 2jam ayahnya keluar ke kedai. Namun masih belum pulang. Insyirah mula rasa bimbang akan keselamatan ayahnya dan akan kelewatan basnya nanti. Esok kuliah awal,jam 8.00 pagi.

Beberapa minit kemudian,sebuah kereta Nissan Grand Livina berwarna oren memasuki perkarangan rumahnya. Insyirah dan ibunya melihat dengan penuh kehairanan dan tanda tanya. Setahu mereka,tidak ada orang yang dikenali mereka pernah menaiki kereta seperti itu.

Muncul segaris senyuman Pak Ishak,ayah Insyirah keluar dari kereta tersebut beriringan dengan seseorang yang amat dikenali Insyirah. Jantung Insyirah berdegu kencang. Ibu meluru kearah ayahnya. Bertanyakan kegelisahan di hati.

“Awat abang lambat balik? Moto abang mana?”serbu soalan Mak Temah.
“Tadi masa balik dari kedai,abang singgah kebun kita kat hujung sana. Masa abang lalu titi tu abang tak tahu titi tu dah tak selamat lagi. Jadi,jatuhlah abang ke dalam sungai. Nasib baik ada anak muda ni. Dia yang tolong abang. Moto abang dah hantar bengkel.”cerita Pak ishak
“MasyaAllah”,separuh menjerit Insyirah dan ibunya mendengar yang diceritakan ayahnya.
“Eh,Asyraf,maqi la masuk umah pakcik dulu. Kamu dah banyak bantu pakcik hari ni. Ha! Irah,gi masuk bancuh ayaq kat tetamu kita ni.”jemputan dan arahan dari Pak Ishak serentak.
“InsyaAllah,mari pakcik”,jawab Asyraf yang masih tidak menyangka orang tua yang diselamatkannya itu adalah ayah insyirah.

Ya Allah,apakah ini takdirMu?

Insyirah keluar sambil menatang dulang berisi seteko kopi dan cawan-cawan kecil untuk tetamu dan ibu bapanya.
“Jemput minum Asyraf”,Pak Ishak mempersilakan Asyraf yang dilihat begitu ralik memerhati Insyirah.
“Terima kasih pakcik,mari”,senyum Asyraf,malu dengan keterlanjurannya.

“Ayah,Irah minta tolong Haifa hantarkan Irah ke Stesyen Bas Pendang naa?”,Insyirah  meminta izin kepada ayahnya  untuk meminta pertolongan Haifa untuk ke stesyen bas tersebut.
“Ha la,jaga diri lek lok”,pesan ayah.
“Eh,nak ke stesen? Marilah,saya tumpangkan. Lagipun saya memang nak gi stesen nak jemput adik saya yang akan sampai sekejap lagi dari Pahang”,pelawa Asyraf.
Insyirah naik segan,malu,meremang bulu roma,gementar,semua ada.
“Haa..elok la. Kamu gi sekali Asyraf la senang. Dah satu tempat hampa nak gi situ. Kamu banyak bantu pakcik hari ni Asyraf. Terima kasih,”ucap Pal Ishak.
“Saling membantu pakcik,hari ni hari pak cik sekeluarga,mana tau esok lusa saya pulak”,sangkal  Asyraf.
“Betul tu,nanti rajin-rajinlah mai sini. Boleh kenal lebih jauh lagi. Mana tau boleh buat menantu,”gurau Pak Ishak dengan niat mengusik.
“Ayah..”,rajuk Insyirah.
“Marilah,kami gerak dulu ya pak cik. Assalamualaikum”,Asyraf menyalami Pak Ishak.
“Waalaikumsalam”,sahut Pak Ishak.

Setelah Insyirah mengangkat beg-begnya ke dalam kereta Nissan itu,Insyirah menyalami ibu bapanya. Dan berlalu pergi dengan hati yang tak tentu arah nak duduk.

Sejak kejadian itu,hati Insyirah makin gelisah. Fikirannya hanya tertumpu pada seorang jejaka yang kini menjadi bayangan dalam hidupnya. Makin di lupakan,makin terasa dekat. Asyraf pun sama. Akal fikirannya asyik melekat dan melayang hanya pada sekeping wajah mulus milik Insyirah.

Ya Allah,jika diantara kami ada jodoh yang mengikat,Kau peliharalah dia sepertimana Engkau menjaga hatiku agar tidak jatuh hanya kerana kecantikan.

Masih terbayang dalam ingatan mereka,saat bersama-sama dalam kereta tempoh hari.
“Terima kasih sebab tumpangkan saya ustaz”.ucap Insyirah.
“Eh,tak dak pa..ari tu,kamu dah hulurkan bantuan pada saya dalam bas,ingat lagi tak?”,terang Asyraf.
“Janganlah berustaz-ustaz..saya pun manusia biasa jugak”,
Insyirah hanya mampu tersenyum.
Bas yang ditunggu-tunggu Insyirah sampai 5minit kemudian. Insyirah mengucapkan terima kasih sekali lagi dan masuk ke perut bas itu.

Sejak kejadian itu jugaklah,hubungan di antara Asyraf dan Ibu ayah Insyirah makin rapat. Asyraf selalu berkunjung ke rumah  mereka. Manakala,insyirah masih berada di kampusnya menghabiskan study nya yang hanya tinggal 2 semester saja lagi.

Namun,siapa yang tahu. Jodoh,pertemuan,ajal,rezeki semuanya adalah ketentuan Allah. Baik manapun rancangan seseorang manusia itu,kalau Allah tak tentukan,semuanya hanyalah sia-sia.
Hari berganti hari,perasaan Asyraf makin tak dapat dibendung. Dia telah merancang untuk melamar Insyirah sebagai isterinya. Dia juga sudah tahu serba sedikit tentang Insyirah daripada cerita Pak Ishak dan Mak Piah.

Petang itu,Asyraf ke rumah Insyirah untuk menyatakan hajatnya. Namun,langkahnya mati tatkala itu,hadir segerombolan rombongan merisik dating ke rumah Insyirah. Hati Asyraf berkecai. Bunga dalam taman bakal dipetik orang.Dia yang ditahan Pak Ishak,menurut saja untuk bersama-sama dalam majlis risikan tersebut.

Melalui majlis itu,tahulah Asyraf,bukan sembarangan orang yang bakal menjadi tunangan Insyirah. Iskandar,seorang ustaz  di sebuah sekolah agama di Kelantan yang juga merupakan seorang graduan lulusan Universiti Al-Azhar. Keluarga Insyirah menerima pinangan tersebut bagi pihak Insyirah.

“Assalamualaikum,ibu”,sahut Insyirah setelah menyambut panggilan telefonnya.
“Waalaikumsalam,Irah”,jawab ibunya.
“Ibu ada apa kol Irah malam-malam gini?”,Tanya insyirah kehairanan.
“Irah,ibu dah terima pinangan dari seorang ustaz untuk Irah,minggu ni Irah balik naa..”,beritahu ibunya dengan nada gembira.

Jantung Insyirah berdegup kencang. Adakah Ustaz Asyraf? Kenapa  aku tidak dimaklumkannya? Tidakkah dia mengetahui aku masih belajar?

“Irah,jangan tolak pinangan Ustaz Iskandar naa?”pinta ibunya.
“Hah? Ustaz Iskandar?”,Tanya Insyirah kerana masih terkejut dengan nama yang dilontarkan oleh ibunya.

Siapakah Ustaz Iskandar?

“Ya Irah,kalau ikut balik salasilah keluarga kita,dia mungkin dua sepupu dengan Irah. Katanya dia dah lama kenal dengan Irah di facebook. Jadi,ibu dengan ayah tak kisah la kalau hampa dah suka sama suka.”beritahu ibu.
“Kawan Irah di facebook? Sapa ibu?”Insyirah terkejut.
“Tak pa la kalau Irah malu,ibu ayah dah terima pinangan depa,minggu depan Irah balik. Majlis tunang ya nak ya.”pinta ibu.
“Insyaallah,ibu”,kelu lidah Insyirah.  Perbualan di antara ibu dan anak itu tamat disitu.

Insyirah terduduk,tanpa dia sedari dia sudah mengalirkan mutiara air matanya.

Ya Allah,dulu hatiku terpaut pada seorang hambaMu,kini yang lain pula datangnya melamarku. Apakah takdirMu ini Ya Allah?

Seperti yang dijanjikan,Insyirah balik ke kampung pada hujung minggu itu. Lebih mengejutkan Insyirah,Ustaz Asyraf bakal menjadi pengelola majlis tunangnya.

Tidakkah dia mengetahui aku mencintainya? Tidakkah dia mengetahui getaran di hatiku?
Lebih memeritkan Insyirah,tatkala Asyraf mengukir senyuman semasa adat penyarungan cicncin. Adakah dia menganggapku hanya insan biasa? Mungkin. Kami belum pernah menyatakan rasa hati. Mana mungkin kami bercinta.Lupakanlah Insyirah,kau bakal menjadi tunangan orang sekejap saja lagi.

Majlis berlangsung dengan selamat. Hanya Haifa sahabatnya yang dijemputnya. Belum bersedia katanya.Walaubagaimanapun,Insyirah belum mahu berjumpa mahupun menatap wajah tunangnya. Baginya,biarlah ikatan yang sah saja yang menghalalkan antara dia dan ‘dia’.

Kini,Insyirah berada di semester tahun akhir. Tidak berapa  minggu lagi jugalah dia akan menjadi isteri kepada seorang ustaz.  Manakala Asyraf membawa diri ke bumi An’Biya’. Menenangkan hatinya di hadapan rumah Allah.

Namun,siapa sangka malang di belakang hari. Ustaz Iskandar terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa melalui Highway Gua Musang- Kuala Lumpur. Dia dalam perjalanan balik ke Kelantan untuk membuat persiapan hari pernikahannya dengan gadis yang sangat dicintai. Sebuah lori yang mengangkut kayu balak hilang kawalan lalu terbabas masuk ke lorong sebelah yang dilalui Iskandar ketika itu. Iskandar meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Kedua-dua belah pihak bersedih dengan kejadian yang menimpa Iskandar. Insyirah pula bagaikan hilang arah. Memandangkan hari pernikahannya hanya tinggal dua minggu lagi. Semua jemputan telah dibuat.
Pak Ishak,mencadangkan majlis pernikahan digantikan dengan kenduri tahlil / kenduri arwah kepada Asyraf yang  ketika itu Asyraf sudah kembali ke Malaysia sejak 3hari lalu.
“InsyaAllah pakcik,saya akan aturkan semuanya. Izinkan saya ya,”
“Baiklah”.

Kini,setelah sebulan mimpi ngeri dilalui Insyirah,namun masih tersemat dihatinya. Orang yang dijangka menjadi suaminya,kembali kepada Ilahi sebelum majlis pernikahan berlangsung. Insyirah tetap kuat semangat melalui semua onak duri dalam hidupnya. Setiap pengalaman itu mendewasakannya. Sudah dua minggu jugalah,Insyirah bekerja sebagai guru sambilan di Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) .

Semenjak itu jugalah,Asyraf yang juga merupakan orang terdekat dengan ibu bapa Insyirah mula mencetuskan kembali rasa cintanya kepada Insyirah. Asyraf bertekad mahu jadikan Insyirah sebagai isterinya. Dia tidak mahu melepaskan Insyirah lagi sepertimana sebelum ini.

Petang itu,Asyraf ke rumah Insyirah dan bertemu dengan Pak Ishak seperti hari-hari biasanya berkunjung ke rumah itu. Tapi,kali ini dia membawa hajat yang tersangat besar.
“Pakcik,sebenarnya..saya kemari membawa hajat yang besar’,mula Asyraf.
“Aik? Apa pulaknya ni? Tak payah la dok skema sangat..cakap ja terus terang.” Celah Pak Ishak.
“Saya sukakan..saya sukakan..”Asyraf malu.
“Hang suka kat Insyirah?”tembak Pak Ishak. Asyraf malu-malu sambil menganggukkan kata Pak Ishak.
“Pak cik dah tahu sejak hang selamatkan pak cik hari tu lagi Asyraf. Dari lirikan mata hang pakcik dah syak. Kali ni,biar la Irah tentukan sendiri. Kami tak mau lukakan hati dia lagi. Kami nak yang terbaik untuk dia.”beritahu Pak ishak dengan penuh sebak.
“Insyaallah pakcik,jika pakcik izin,saya nak melamar Insyirah sebagai kekasih hati saya”,jujur Asyraf.
“Kalau macam tu,balik berterus terang dengan ibu bapa kamu. Bila dah sedia maklumkan pada pak cik. Tentang Insyirah,nanti pakcik tanya dia”beritahu Pak Ishak penuh kegembiraan.

“Apa ayah? Lamaran kedua untuk Irah?”,terkejut Insyirah tatkala ayahnya memberitahu ada lamaran untuknya.
“Ya Irah,orangnya hang kenal. Dia dah lama sukakan Irah sehinggakan membawa diri gara-gara terlambat meminang Irah. 3hari sebelum Irah sepatutnya menikah hari tu, dia balik,”terang ayah.
Siapa? Adakah dia orangnya?
“Ustaz Saiful Asyraf menunggu jawapan hang Irah,Ayah tak mau paksa-paksa dah. Biarlah hang tentukan siapa lelaki yang layak jadi suami,”.

Hah!!! Asyraf?

“Aku nikahkan dikau  Saiful Asyraf bin Ramlee dengan anakku Nur Insyirah ‘Izzati binti Ishak dengan mas kahwin senaskah Al-Quran dan wang  sebanyak RM100 tunai”,
“Aku terima nikahnya”.
“Sah..sah..sah..sah..” sahut saksi dalam majlis pernikahan di antara dua hati.
Asyraf menuju ke sebelah mimbar dan melaksanakan solat sunat.Bersyukur dengan takdir Ilahi.